WEB BLOG IZA

Apr 21, 2005

::ERTI RAKAN KONGSI HIDUP::

Perkahwinan ialah salah satu daripada fitrah kehidupan manusia di dunia ini. Ikatan perkahwinan sering dikaitkan dengan bisikan hati dan perasaan halus yang wujud dalam sanubari manusia. Perasaan begini terlalu sukar untuk difahami oleh individu lain kerana perasaan ingin berkongsi kehidupan dengan individu yang berbeza fizikal dan perasaan hanya terukir apabila gerakan dan bisikan hati mendesak individu tersebut melakukannya.

Islam mengharamkan ibu bapa memaksa anak berkahwin dengan orang yang tidak disukai olehnya. Ini disebabkan perasaan cinta itu adalah satu anugerah Allah kepada manusia yang ingin membina kebahagiaan dalam perkongsian hidup dengan teman yang dapat menawan hatinya. Ini adalah satu asas utama dalam pembinaan perkongsian hidup antara lelaki dan wanita. Apabila wujud perasaan cinta yang mendalam, lelaki dan wanita sanggup mengharungi bahtera kehidupan walaupun dalam kesukaran.

Kesabaran, pertimbangan akal yang rasional dan kesedaran dalam memegang amanah Allah adalah asas didikan Islam dalam pembinaan rumah tangga. Konsep hidup mawaddah warahmah (kasih sayang) yang wujud dalam diri manusia tidak perlu kepada kursus dan ilmu yang tinggi. Ia adalah bisikan hati yang menyenangkan perasaan manusia yang berkongsi hidup dengan rakan yang berbeza jantina.

Oleh itu tidak ada sebarang petua yang ideal berhubung kait dengan perkahwinan kerana ia berkaitan dengan perasaan hati. Terdapat kes di mana pasangan yang cacat anggota badan - bahagia dalam kehidupan berumah tangga walaupun salah seorang daripada mereka memerlukan banyak pengorbanan dalam kehidupan bersama. Suasana begini wujud disebabkan oleh perasaan kasih sayang yang mendalam hingga membangkitkan semangat ingin berkorban.

Dalam soal perkahwinan, Allah meminta manusia supaya menanamkan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan sabar. Ini disebabkan sesuatu yang berkaitan dengan perasaan dan bisikan hati tidak dapat dizahirkan dan dinyatakan kerana ia merupakan perkara yang amat sukar untuk difahami. Bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga, Allah dan rasul menyeru umat Islam supaya mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Keimanan dan ketakwaan yang tinggi adalah penawar yang paling mujarab untuk mewujudkan perasaan belas kasihan, kesabaran dan penderitaan dalam hidup berumah tangga. Perkahwinan dalam Islam didasarkan pada perasaan indah dan kerelaan memegang amanah Allah dalam pembentukan dan perkembangan umat manusia.

Apabila lelaki dan wanita memahami konsep perkongsian hidup berdasarkan pelaksanaan amanah, maka umat Islam akan kurang prihatin terhadap penderitaan batin dan kehendak hawa nafsu yang boleh meruntun seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika perkahwinan dan pelaksanaan amanah Allah. Panduan yang dikemukakan oleh Allah di dalam al-Quran dalam soal perkahwinan lebih menumpukan perhatian kepada konsep menanggung amanah dalam memelihara isteri dan anak-anak. Allah cuba membuka minda umat Islam supaya mengimbangi kehendak hawa nafsu dengan pemikiran yang rasional.

Allah menciptakan manusia dengan hawa nafsu bertujuan untuk memperkembangkan umat manusia kerana matlamat manusia diciptakan adalah untuk menjadi hamba dan khalifah-Nya di dunia ini. Hubungan antara suami dan isteri adalah perkara yang terlalu rahsia dan sukar untuk difahami oleh orang lain. Allah meminta pasangan yang berkahwin supaya bersabar, bertolak-ansur serta berkorban demi kebaikan diri mereka dan juga anak-anak. Allah juga menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah perkahwinan di dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w. menjadi contoh teladan kepada umat Islam dalam urusan rumah tangga.

Perceraian diizinkan apabila keadaan rumah tangga tidak boleh dipulihkan lagi. Allah juga menunjukkan cara-cara yang baik untuk bercerai. Orang yang paling bertanggungjawab dalam penyelesaian rumah tangga ialah ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang akrab bagi pasangan tersebut. Apabila Allah menjelaskan bahawa ahli-ahli keluarga bertanggungjawab dalam penyelesaian rumah tangga, maka umat Islam perlu memahami soal rumah tangga, perceraian dan sebagainya bukan dapat diselesaikan dengan formula-formula yang berasaskan kepada andaian dan pemikiran manusia yang berbeza-beza corak hidup dan latar belakang.

Setiap pasangan hidup mempunyai perasaan, corak pemikiran dan persepsi berbeza. Oleh itu orang yang paling bijak dan warak pun tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan perkahwinan orang lain kerana perasaan manusia berbeza antara satu sama lain berdasarkan pada berlainan latar belakang, pendidikan dan pendedahan. Oleh itu Rasulullah s.a.w. meminta umat Islam supaya melihat isteri atau suami sebagai rakan perkongsian hidup. Jika rumah tangga yang dibina itu dapat memberi kepuasan dan kebahagiaan hidup maka itu merupakan kebahagiaan yang perlu diteruskan.

Jika perkahwinan itu merupakan satu penderitaan batin maka perpisahan dibenarkan secara hormat dan dirahmati.

* DR. SAODAH ABD. RAHMAN ialah pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

iza_sayang was here at 11:58 pm | Make a comment |

- - - - - - - ~ - - - - - - - ~ - - - - - - - ~ - - - - - - -

Mar 26, 2005

Menu Family



ANDA harus bergegas ke pejabat awal pagi. Masa pula terlalu singkat untuk menyiapkan makanan yang berat-berat untuk sarapan ahli keluarga. Lupakan menu nasi goreng atau mi sebaliknya beralihlah kepada makanan yang boleh dimasak segera secepat 15 minit. Walaupun ringkas tetapi sajian itu tetap boleh mengalas perut sehingga menunggu waktu makan tengahari sampai. Empat resipi ringkas kami cadangkan kali ini.

LEMPENG



BAHAN-BAHAN: 200 gm tepung gandum Garam secukup rasa Sedikit air

CARA MEMBUATNYA: 1. Bancuh tepung dengan air dan masukkan garam secukup rasa. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu pekat. 2. Panaskan kuali leper dan tuangkan sedikit minyak. 3. Tuangkan bancuhan dan leperkan secara membulat. 4. Masak ke dua-dua belah bahagian lempeng dan sedia untuk dihidang.

iza_sayang was here at 06:46 pm | Make a comment |

::TIPS KERJAYA::

Setelah anda berjaya mendapat pekerjaan dan bertungkus-lumus berkhidmat untuk memajukan syarikat, pastinya anda sudah bersedia untuk meningkatkan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi dengan harapan untuk mendapat kenaikan pangkat dan gaji. Jika pada awalnya pembabitan anda dalam pekerjaan cuma sedikit tetapi setelah sebati dengan selok-belok tugas, anda tentu inginkan pengalaman baru dan mendapatkan pengiktirafan daripada majikan adalah anugerah yang sangat dihargai. Naluri manusia inginkan balasan dan pengiktirafan. Namun begitu, ada kalangan manusia yang tidak menginginkan kejayaan kerana mereka bekerja sekadar untuk mendapatkan upah atau mengisi masa lapang. Bagi yang bercita-cita tinggi dan impikan kejayaan, mereka melihat kerjanya sebagai satu kedudukan yang boleh dijadikan batu loncatan ke pekerjaan yang lebih baik. Bukan semua orang yang inginkan kejayaan akan memperolehinya. Ada golongan pekerja yang berasakan jawatan mereka masih di tahap yang sama dan menyangkakan situasi yang mereka hadapi ini disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti tidak pandai mengambil hati ketua, tidak pandai menonjolkan diri, tidak suka mengampu dan lain-lain. Ada juga terdengar rungutan di antaranya peluang kenaikan pangkat dinafikan kerana khianat pihak lain. Perkara ini mungkin benar tetapi besar kemungkinan adalah andaian semata-mata. Lazimnya, kekurangan peluang untuk kenaikan pangkat adalah disebabkan oleh kelemahan sendiri seperti penampilan diri tidak positif, kurang inisiatif untuk bertindak dan meningkatkan kemahiran terkini. Oleh itu boleh dirumuskan bahawa kenaikan pangkat tidak berasaskan jumlah jam duduk di pejabat ataupun kerja keras semata-mata. Sebaliknya peluang mendapatkan kenaikan pangkat bergantung kepada beberapa faktor. Ikuti penjelasan Prof. Madya Dr. Hajah Feridah Mohd. Nadzar dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM ini seterusnya di dalam NUR keluaran April 2005.

iza_sayang was here at 05:20 am | Make a comment |

- - - - - - - ~ - - - - - - - ~ - - - - - - - ~ - - - - - - -

Mar 22, 2005

::NAMA BAIK, NAMA BURUK::

Kata pepatah, manusia mati meninggalkan nama. Sama ada dia meninggalkan nama baik atau nama yang buruk, itu semua bergantung pada apa yang dilakukannya semasa hayatnya.
Abu Qatadah menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah, lalu baginda bersabda yang bermaksud:"Senang dan menyenangkan."
Sahabat bertanya:"Apa maksud ucapan tuan itu, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab:"Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) daripada kesusahan dunia. Dan apabila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon dan binatang daripada kejahatannya."
Apabila meninggal dunia, mereka yang baik akan dikenang jasa mereka. Mereka yang jahat juga tidak akan dilupakan kerana kejahatan yang mereka lakukan. Namun yang paling mustahak, orang mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah akan meninggalkan dunia ini dengan hati yang senang, tiada apa uyang merunsingkannya pada hari pembalasan nanti.
Malah kematian orang jahat juga kerap disyukuri oleh ramai pihak kerana dia tidak akan menyusahkan sesiapa lagi selepas ini. Maka kita kerap mendengar kata-kata begini dihamburkan terhadap orang jahat:
"Matilah engkau cepat supaya tak menyusahkan orang lagi!"

iza_sayang was here at 09:38 am | Comments (2) |

- - - - - - - ~ - - - - - - - ~ - - - - - - - ~ - - - - - - -

Mar 19, 2005

Hai semua...





Assalammualikom........Nama aku Azizah Binti Ali, nama panggilan aku iza... Maafla aku tak leh taip pepanjang sebab aku sekarang kat Paris... bercuti... ehehhee...Bila dah balik Malaysia nanti aku citerla sapa diri aku ye... Sabar tau...buat sahabat baik chatingku yanie diharap yanie dapat bersabar...iza minta maaflah sebab hadiah yani tak sampai laie....iza ader call kl hari tu tanyakan kat diorag dah hantar keee belum hadia yani tu...mereka jawab belum laie sebab mereka terlupa..saya angin betul dengan diorg...memang saya marah giler2 ngan dia org...so kalau yani boleh sabar..yani tunggu lahh iza balik dari paris...saya minta maaf banyak2..saya tak mo yani ingat saya nie bohong....saya sayang kan yani cam keluarga saya sendiri dan sambutlah salam saya buat anda semua di malaysia...nantikan kepulangan saya .....wassalam

Paris in 1, 2 or 3 daysFrom the air

By coach, minibus or tourist train…

 

 


iza_sayang was here at 02:06 am | Comments (3) |

- - - - - - - ~ - - - - - - - ~ - - - - - - - ~ - - - - - - -

about


It's me!

tagboard

   
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

calendar

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

links

WEB BLOG YANIE

credits

BLOGDRIVE
TEMPLATES

rss feed

Designed by: iceangel